Sunday, April 18, 2010

BFF


Hmm..x banyak yang aku nak merepek psl post yg ni..cume nak gtau kat 1 dunia jek..muke2 dalam pix tu adalah kawan² terbaeekkk yg pernah aku jmpe..spnjang 3 tahun kenal dorang ni..x pernah pon aku menyesal..dorang mmg great + awesome people..luv u all..

note: hamdan xde dlm pix..sbb die x gi dinner..hahaha..

Sunday, April 11, 2010

Tak Tercapai Akalku.. =p


Buku ni aku beli mase aku gi Badger aritu, saiz die kecik jek n nipis mcam buku sifir aku mase sekolah rendah dulu..aku beli sbb teringin nak try cuba bace buku2 yang camni..saje nak tau pe bende yang ditulis kat dalam tu.. harga dia RM10 jek..
mase kat Badger aku da asik dok belek2 la buku ni..selak n bace sekali lalu jek..lpas balek umah..aku sambung bace..rupenye dalam buku ni ade 13 cerita..sume pendek2 jek..paling panjang pon 2 muka je..cerita dalam ni sume pelik2..mmg aku x paham 1 cerita pon..de gak yang aku bace 2x..ttp x paham..ish..khayalan aku x ckup tinggi kot..hhahaha=p


1 bende yang aku suke pasal buku ni..cerita die pelik2..ade pekataan yang aku x penah denga..maybe penulis reka sendiri..aku respek penulis la sbb ade idea tulis bende pelik n macam khayalan tingkat tinggi..

1 bende yang aku x sukenye ialah..aku x paham satu pe pon cerita dalam buku ni!!! arrghh..frust siot..pnat bace tp x pham..sadis!! =p


cerita nombor 7 ni antara yang menarik pehatian aku..aku bace tajuk je aku trus bace cerita die..ni cerita 1st yang aku bace dalam buku 2..tp .......aku xpaham pon cerita psl pe..makne tersirat ...erkkkk!!

Thursday, April 8, 2010

Filem Minggu Ni = :-(

Minggu ni takde filem best kuar kat cinema..so, aku pon rase melopong je la minggu ni..nak gi wayang pon xtau nak tgk cite pe..huh..mmg akan terase bosan dan sangap la minggu ni..geng² kelab gila wayang (KGW) pon akan sangap gak!! hahaha!! tp nnti klo da sangap sangat aku rase gi gak wayang, pejam mata beli je pape tiket muvie..belasah jek..asalkan tgk..wahahahaha..



Filem local baru minggu ni :-

Semerah Cinta Stilleto

(Kepada gadis² yang menggilai Farid Kamil & kaum lelaki yang angau dengan Lisa Surihani..Serbulah ramai²) wahahaha!!

filem luar minggu ni :-

1. ECHOES OF THE RAINBOW
2. BEING HUMAN
3. DATE NIGHT
4. KAIJI

Wednesday, April 7, 2010

Pelahap !!

Dengan perut yang sangat lapar dan mendendangkan lagu laukku cukup masin..aku ajak kawan-kawan aku..wan..wani..fana gi sushi king Mines..dan dengan pelahapnya aku makan tanpa hiraukan org sekeliling dan masa depan..hahahaha...banyak aku mkn..xpnah aku mkn kat sushi king sebanyak ni..tah nape tibe2 aku aku selera sgt makan sushi ni..


ni kire balas dendam gak laa...aku pnh ajak dorang ni gi sebelum ni..tp xnak dengan alasan xde wang..pastu aku pnh ajak gi tgk KL Drift..sume xde respon..agak sentap la gak..aku ajak tgk movie melayu kot..bkn org putih..hahaha..so kali ni aku ajak gi sushi king dorang kene ikot gak..klo x aku sentap lgi kang..hahaha.. tq korang..

Sedar x sedar da 8 pinggan aku belasah ..belum kire green tea yg tah bape kali refill..refill lak amik sndiri..da macam kdai bapak kitorg lak..hahaha..skali kire bil aku abes Rm33+ ..paling banyak ..pastu aku dengan rela hati la bayar..sbb da masuk perut..skali esoknya aku kire balek..patut abes Rm28+ jek!!! salah kire !! hampeh ..resit lak aku da msuk kan dalam box cabutan betuah..aduii!!

Baru aku tau aku ni pelahap gak rupenye (time lapar gile jek ok !!)

Sunday, April 4, 2010

Last Week Kuliah

Fuuhh..sedar x sedar rupenye minggu ni da last kuliah..x sangka..kejap je mase berlalu..pejam celik da nak abes stadi..da 3 tahun rupenye aku stadi kat UPM ni..dulu mase mula-mula masuk, bayangkan macam lame je nak abeskan 3 tahun..skang ni..tau2 da abes.macam-macam aku rase spnjg 3 tahun ni..pengalaman..kawan-kawan..lect yang sporting..enjoy..tensen..struggle..dll..rase sedih sbenarnye ni..huhu..xpe laa..insyaAllah aku akan kembali utk sambung MASTER.. huahahaahahahaha.. Adios ..

Saturday, April 3, 2010

Badger Malaysia Sudah 1 Tahun..

Malam semalam aku sempat gi Badger..ada sale sempena ulang tahun yang 1st...die buat midnite sale..10pm-1am..bleh tahan ramai la yg dtg..baju pon byk yg sold out..design yang cun saiz suda tadak..tggl yang besa-besa jerk..hampas..melepas siot.. diskaun sampai 70% maa..ciss!


Aku de jumpe sorang mmber aku mase kat tv3 dlu..name die mamat ! die la gak yg ajar aku gi badger..tp yg penting kaki die bersimen..patah sbb men futsal..gile..sepak tiang gol kot..haha =p..ade gak jmpe Zizan Raja Lawak..die tu mmg gile badger..banyak baju die borong..psl die aku x dpt saiz baju..hahaha =p

Ade DJ yang pusing-pusing piring..hahaha..xpenah tgk dari dekat..cam kat disko lak..


Disebabkan baju banyak da xde saiz..so aku try je la..x beli pon..ahahah..alasan je kan..=p Adios..

:-) = minggu depan ade stok baru smpai..serbu mgu depan la..

Thursday, April 1, 2010

No Plastic Bag !

Tibe-tibe rase nak kempen plak.. kate tidak pada beg plastik !! .. wahahaha..sbenarnye aku saje je nak kempen pasal kurangkan la guna beg plastik.. nak kate jangan guna langsung mmg ssh la..tp klo kurangkan tu senang jek..aku da lame praktikkan bnde ni..klo aku gi kedai..beli 1 brang, bila cashier nak amik beg plastik..aku cakap " xyah beg plastik" (dengan muka garang + xde perasaan aku) wahahahaha..

Bukan ape..stakat 1 brg je..and bley bawak by hand.. xyah la gatal2 nak msk beg plastik.. skurang-kurangnya aku da jimat 1 beg plastik n kurangkan pencemaran..walaupun kesannya x seberapa bile aku sorang yg wat..tp cuba bayangkan klo semua orang ikut tabiat ni..bape byk beg plastik dapat dijimatkan & dapat kurangkan pencemaran..

aku penah pegi beli barang kat econsave..hari sabtu..mmg banyak la barang aku beli..lepas bayar jek..cashier tu tanye nak plastik ke x? aku jwb la nak..sbb banyak kan..camne nak bawak.. skali rupenye hari tu 1 bag plastik cas 20sen !! wahh..bgs idea tu weh!aku sokong !!



beg plastik tu mkn masa 400 tahun nak lupuskan tau x!! hish !! smpai anak cucu cicit cucut cecet korang xtentu lgi da lupus.. so pe la salah bantu bumi ni benafas balek..da telalu banyak manusia sakitkan bumi.. senangkan bumi untuk generasi akan dtg.. okey ! adios !

* Butik Badger gune paper bag - terbaeekkk !

Pulangnya Abg Din ke Rahmatullah


Salam, aku mmg tekejut bila dengar Din Beramboi meninggal dunia malam tadi. Aku dapat tau daripada facebook kawan.. ada sorang wartawan Utusan post kat wall dia menyatakan abg din da meninggal dunia pukul 12.30 mlm.. terus terang aku ckp mmg aku rase pemergian dia.. dia mmg sorang pelawak yang paling bes..lawak die ada style sndiri.. takda orang yang boleh ganti tmpt die dalam bidang seni ..tiba-tiba aku teringt mase abg din jadi juri utk Raja Lawak, very fun and success to entertain aku..terima kasih abg din kerana menjadi penghibur utk aku..yang pasti..peminat dan warga seni juga akan bersedih dengan pemergian abg din..Takziah buat keluarga abg din juga..Al-fatihah..

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ihsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini .

Sumber :http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/2/mstar_hiburan/20100402012804&sec=mstar_hiburan


Wednesday, March 31, 2010

AYM Photoghraphy Studio


Saje je upload pix2 ni..ni mmber aku kawin..aku amik gambar die start dari nikah, sanding umah prempuan and umah dia..so, tgk la..huhu..






nanti aku upload lagi beberapa pix..adios =p

Friday, March 19, 2010

DENIAL ( From aammwa.blogspot.com) telah disambung oleh ajeed13

Aku bukan in denial tapi memang in denial. huahuahua!

Statement ni, saja aku buat sebab ada segelintir orang yang aku kenal memang selalu in denial. Kalau dah salah tu, salah sahajalah. Kalau dah bercinta, kata sahajalah. Tak kiralah usia sudah hampir tengah malam pun. Kau bukan kacau orang, lebih lagi kau memang upaya untuk mempunyai teman hidup, so be it! Teruskan perjuangan kau tu. Ini tidak, masih in denial, kononnya cuma kawan. Podahhh!

Kawanlah sangat! Habis tu, yang nampak terang benderang, bertuwing dan berpegang tangan sambil tersengih macam kera di hutan tu, pehal pulak! Pastu pulak, anak kau sendiri nampak dengan mata dia yang kau berdua berpegang tangan menghala ke panggung wayang. Pehal menonton wayang tengah malam buta, kalahkan orang muda!

Kau jangan bimbang, bukan aku nak perli kau tapi aku cuma nak bagi tau, tidak perlu sorok perkara begini. Sedarlah sikit yang kau tu dah tua, so terus terang sahajalah dengan anak-anak kau. Anak-anak kau selalu mengadu pada aku! Bukan mereka marah pun, tapi mereka rasa malu sikit sebab kau buat gitu. Memang tak salah sebab kau pun memang boleh untuk berkahwin.


Si Len, kerap kali datang pada aku sambil menceritakan hal kau. Tapi aku ni bukan sesiapa pun hendak beri nasihat. Aku cuma mampu menjadi seorang pendengar yang setia dengan pandangan setia terhadap juraian air matanya yang tak habis-habis mengalir. Si Mud pun ada juga singgah beberapa kali dan keadaan ini akan merungsingkan diri aku yang sentiasa memikirkan kebahagian orang lain.

Hari ini juga kalau boleh, kau berterus-teranglah dengan mereka. Jangan kau buat hal lagi. Mereka pun bukan marah kalau kau ada pasangan hidup. Malah mereka memang mahukan itu! Mereka cuma kasihan melihat kau yang terumbang-ambing hidup sendirian.

Aku harap jangan menidakkan perkara ini lagi. Semuga kau bahagia, sahabatku, Sam!

Dua hari kemudian..

Sam secara tiba-tiba telah datang ke rumah ku..aku terima kunjungannya dengan tenang dan aku tahu tentu ada sesuatu yang hendak dia bincangkan bersama ku.aku membawa sam duduk di ruang tamu dan setelah aku menghidangkan air, sam mula membuka cerita. Sam tahu bahawa aku sudah mengetahui kesemua cerita tentang hubungannya dengan wanita itu. Sam juga tahu yang Mud dan Len sering kali datang berjumpa aku dan meluahkan isi hati mereka. Namun, kedatangan Sam ke rumah ku bukanlah untuk menjernihkan keadaan. Malah, Sam menyatakan hasratnya untuk mengahwini wanita tersebut sungguhpun Mud dan Len tidak bersetuju !

Aku benar-benar sudah tidak tahu punca apa yang menyebabkan Sam jadi begitu. Aku sudah semakin tidak mengenali diri Sam. Cantik sangatkah wanita itu sehingga Sam jadi seperti hilang pertimbangan sehingga sanggup melupakan kebahagiaan Mud dan Len? Memang menjadi persoalan besar dalam diri ku. Malah, Sam juga ada meminta bantuan kepada ku untuk menjadi orang tengah dan cuba menjelaskan kepada Mud dan Len. Ah..aku kini sudah tersepit, samada Sam yang sudah lama menjadi sahabat ku, atau Mud dan Len yang akan hilang kebahagiaannya disebabkan ayahnya yang sudah hilang kewarasan.

Dua bulan kemudian..

Telah pun sebulan lebih Sam bernikah dengan wanita pujaannya yang telah menyebabkan dia lupa diri. Sebelum hari pernikahan mereka, aku ada berjumpa dengan Mud dan Len. Aku telah menerangkan hal yang sebenarnya dan ternyata mereka tidak dapat menerima kehadiran orang baru yang akan menggantikan tempat bekas ibunya. Namun, aku cuba untuk menjelaskan kepada mereka bahawa Sam juga seorang manusia yang perlukan kasih sayang seorang isteri dan banyak keperluan Sam perlu dipenuhi daripada seorang isteri. Mujur, mereka memahami maksud ku dan aku berasa lega.

Aku juga ada berjumpa dengan Sam, aku menasihatinya agar jangan sesekali melepaskan tanggungjawab kepada Mud dan Len. Kerana mereka adalah permata yang sebenar yang harus dijaga supaya tidak hilang sinarnya. Sam juga telah berjanji kepada ku, dia akan berlaku adil terhadap mereka berdua. Namun, sehingga kini Mud dan Len masih tidak mampu menerima orang baru dalam hidup dan keluarga mereka dan berkata bahawa Sam tidak pernah berpegang pada janjinya. Mud dan Len masih memilih untuk tinggal bersama ku.Tapi sampai bila…??