Thursday, April 1, 2010

Pulangnya Abg Din ke Rahmatullah


Salam, aku mmg tekejut bila dengar Din Beramboi meninggal dunia malam tadi. Aku dapat tau daripada facebook kawan.. ada sorang wartawan Utusan post kat wall dia menyatakan abg din da meninggal dunia pukul 12.30 mlm.. terus terang aku ckp mmg aku rase pemergian dia.. dia mmg sorang pelawak yang paling bes..lawak die ada style sndiri.. takda orang yang boleh ganti tmpt die dalam bidang seni ..tiba-tiba aku teringt mase abg din jadi juri utk Raja Lawak, very fun and success to entertain aku..terima kasih abg din kerana menjadi penghibur utk aku..yang pasti..peminat dan warga seni juga akan bersedih dengan pemergian abg din..Takziah buat keluarga abg din juga..Al-fatihah..

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ihsan, Kepong sebelum solat Jumaat hari ini .

Sumber :http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/2/mstar_hiburan/20100402012804&sec=mstar_hiburan


No comments:

Post a Comment