Wednesday, March 31, 2010

AYM Photoghraphy Studio


Saje je upload pix2 ni..ni mmber aku kawin..aku amik gambar die start dari nikah, sanding umah prempuan and umah dia..so, tgk la..huhu..






nanti aku upload lagi beberapa pix..adios =p

Friday, March 19, 2010

DENIAL ( From aammwa.blogspot.com) telah disambung oleh ajeed13

Aku bukan in denial tapi memang in denial. huahuahua!

Statement ni, saja aku buat sebab ada segelintir orang yang aku kenal memang selalu in denial. Kalau dah salah tu, salah sahajalah. Kalau dah bercinta, kata sahajalah. Tak kiralah usia sudah hampir tengah malam pun. Kau bukan kacau orang, lebih lagi kau memang upaya untuk mempunyai teman hidup, so be it! Teruskan perjuangan kau tu. Ini tidak, masih in denial, kononnya cuma kawan. Podahhh!

Kawanlah sangat! Habis tu, yang nampak terang benderang, bertuwing dan berpegang tangan sambil tersengih macam kera di hutan tu, pehal pulak! Pastu pulak, anak kau sendiri nampak dengan mata dia yang kau berdua berpegang tangan menghala ke panggung wayang. Pehal menonton wayang tengah malam buta, kalahkan orang muda!

Kau jangan bimbang, bukan aku nak perli kau tapi aku cuma nak bagi tau, tidak perlu sorok perkara begini. Sedarlah sikit yang kau tu dah tua, so terus terang sahajalah dengan anak-anak kau. Anak-anak kau selalu mengadu pada aku! Bukan mereka marah pun, tapi mereka rasa malu sikit sebab kau buat gitu. Memang tak salah sebab kau pun memang boleh untuk berkahwin.


Si Len, kerap kali datang pada aku sambil menceritakan hal kau. Tapi aku ni bukan sesiapa pun hendak beri nasihat. Aku cuma mampu menjadi seorang pendengar yang setia dengan pandangan setia terhadap juraian air matanya yang tak habis-habis mengalir. Si Mud pun ada juga singgah beberapa kali dan keadaan ini akan merungsingkan diri aku yang sentiasa memikirkan kebahagian orang lain.

Hari ini juga kalau boleh, kau berterus-teranglah dengan mereka. Jangan kau buat hal lagi. Mereka pun bukan marah kalau kau ada pasangan hidup. Malah mereka memang mahukan itu! Mereka cuma kasihan melihat kau yang terumbang-ambing hidup sendirian.

Aku harap jangan menidakkan perkara ini lagi. Semuga kau bahagia, sahabatku, Sam!

Dua hari kemudian..

Sam secara tiba-tiba telah datang ke rumah ku..aku terima kunjungannya dengan tenang dan aku tahu tentu ada sesuatu yang hendak dia bincangkan bersama ku.aku membawa sam duduk di ruang tamu dan setelah aku menghidangkan air, sam mula membuka cerita. Sam tahu bahawa aku sudah mengetahui kesemua cerita tentang hubungannya dengan wanita itu. Sam juga tahu yang Mud dan Len sering kali datang berjumpa aku dan meluahkan isi hati mereka. Namun, kedatangan Sam ke rumah ku bukanlah untuk menjernihkan keadaan. Malah, Sam menyatakan hasratnya untuk mengahwini wanita tersebut sungguhpun Mud dan Len tidak bersetuju !

Aku benar-benar sudah tidak tahu punca apa yang menyebabkan Sam jadi begitu. Aku sudah semakin tidak mengenali diri Sam. Cantik sangatkah wanita itu sehingga Sam jadi seperti hilang pertimbangan sehingga sanggup melupakan kebahagiaan Mud dan Len? Memang menjadi persoalan besar dalam diri ku. Malah, Sam juga ada meminta bantuan kepada ku untuk menjadi orang tengah dan cuba menjelaskan kepada Mud dan Len. Ah..aku kini sudah tersepit, samada Sam yang sudah lama menjadi sahabat ku, atau Mud dan Len yang akan hilang kebahagiaannya disebabkan ayahnya yang sudah hilang kewarasan.

Dua bulan kemudian..

Telah pun sebulan lebih Sam bernikah dengan wanita pujaannya yang telah menyebabkan dia lupa diri. Sebelum hari pernikahan mereka, aku ada berjumpa dengan Mud dan Len. Aku telah menerangkan hal yang sebenarnya dan ternyata mereka tidak dapat menerima kehadiran orang baru yang akan menggantikan tempat bekas ibunya. Namun, aku cuba untuk menjelaskan kepada mereka bahawa Sam juga seorang manusia yang perlukan kasih sayang seorang isteri dan banyak keperluan Sam perlu dipenuhi daripada seorang isteri. Mujur, mereka memahami maksud ku dan aku berasa lega.

Aku juga ada berjumpa dengan Sam, aku menasihatinya agar jangan sesekali melepaskan tanggungjawab kepada Mud dan Len. Kerana mereka adalah permata yang sebenar yang harus dijaga supaya tidak hilang sinarnya. Sam juga telah berjanji kepada ku, dia akan berlaku adil terhadap mereka berdua. Namun, sehingga kini Mud dan Len masih tidak mampu menerima orang baru dalam hidup dan keluarga mereka dan berkata bahawa Sam tidak pernah berpegang pada janjinya. Mud dan Len masih memilih untuk tinggal bersama ku.Tapi sampai bila…??